Home Artikel PAS Sabah

Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah Santuni Rakyat.

635
SHARE

Oleh : Laila Ismail
28 April 2020

SANDAKAN. Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah selesai melaksanakan Program Semarak Kasih Ramadhan pada 26 April 2020 lalu di sekitar kawasan Parlimen Libaran dengan kerjasama PAS Kawasan Libaran, Sandakan.

Program yang merupakan rutin tahunan LKK DMPNS tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas kerana dilaksanakan dalam tempoh wabak Covid-19 yang melanda negara kita.

Kali ini, LKK DMPNS melaksanakan program ini bagi menyantuni masyarakat yang terkesan punca pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) Covid-19.

Antara lokasi yang telah disantuni ialah, Taman Cahaya (Warga OKU Penglihatan), Kampung Batu 11 Jalan Cemetery, Kampung Bambangan, Kampung Sibugal dan Kampung Tinusa 2.

Seramai 35 orang warga Taman Cahaya dan 55 orang golongan asnaf menerima barang sumbangan berupa makanan asas seperti beras, telur, gula, minyak, tepung, roti, kurma dan juga peralatan kebersihatan diri seperti sabun mandi, berus gigi dan peralatan mandi yang lain.

Norsah Bongsu, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah dalam ucapannya bersama Warga Taman Cahaya berkata, program ini merupakan kunjungan kali ke-2 LKK DMPNS di Taman Cahaya yang mana program pertama mereka adalah Program Seindah Syawal pada tahun lepas.

Norsah turut mengajak kepada semua penerima sumbangan dan petugas agar sama-sama berdoa agar ujian wabak Covid-19 di negara ini segera pulih.

Turut hadir dalam program ini ialah Nur Izzati Yusof Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Nurkhadijah Ghazali Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Libaran, Mohd Husin Rahim Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Libaran, Norfarhana Abidin Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Libaran, Tuan Haji Ibrahim Bin Abd Hamid Pengurus Taman Cahaya, serta petugas PAS Kawasan Libaran.