Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (26 April) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

1015
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 26 April.

Mengikut laporan tersebut hanya SATU kes baru dicatatkan di Melaka semalam. Alor Gajah dan Jasin masih dikategorikan sebagai zon kuning, sementara Melaka Tengah pula kekal dalam zon merah.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa hanya empat daripada 31 mukim di dalam Alor Gajah yang masih terjejas. Di Jasin juga hanya empat dari 21 mukim masih terjejas. Sementara di Melaka Tengah pula hanya tujuh daripada 29 mukim masih terjejas.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Panduan membaca laporan :
A/B bermaksud :
A adalah jumlah terkumpul keseluruhan.
B pula adalah bilangan yang masih mendapat rawatan.

Contohnya jika laporan tertulis ’10/6′ bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang, terdapat 6 orang yang masih dalam rawatan, sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia.


Kes Positif Keseluruhan Melaka : 193/73 orang

• Melaka Tengah : 92/50 orang
• Alor Gajah : 29/5 orang
• Jasin : 72/18 orang

Kes baru : Seorang
Kes sembuh : 116 orang
Sedang dirawat : 73 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-

MELAKA TENGAH (Kategori Merah)
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 4/1
Bandar Melaka : 1/1
Bukit Baru : 2/1
Bukit Katil : 9/1
Padang Temu : 11/6
Luar kawasan : 42/39

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 7
Mukim tidak terjejas = 22

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Durian Tunggal : 5/1
Lendu : 7/1
Masjid Tanah : 2/2
Sungai Siput : 1/1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27

JASIN (Kategori Kuning)
Bandar Jasin : 4/1
Chabau : 1/1
Chohong : 7/2
Jasin : 41/14

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 17

Laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang 26 April 2020. Menurut KKM, keseluruhan kes positif ialah 5,780 kes dengan 66.82 peratus telah sembuh bersamaan 3,862 pesakit dan 1.70 peratus atau 98 kematian.

Sementara itu agensi berita Bernama melaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia maklum bahawa tiada bukti lagi bahawa pesakit COVID-19 yang sembuh, kebal daripada jangkitan kali kedua. Menurut beliau walaupun ada respons antibodi IgM (immunoglobulin M) and IgG (immunoglobulin G) ia tidak melindungi pesakit daripada jangkitan kali kedua.

“Setakat ini kita (Malaysia) tiada kes jangkitan kedua lagi tetapi antibodi tidak berkemampuan untuk melindungi mereka. Mereka masih perlu ambil langkah pencegahan dan jaga kebersihan untuk mengelakkan jangkitan kali kedua,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata demikian pada sidang media tersebut apabila ditanya pemberita mengenai kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang tiada jaminan bagi mereka yang telah pulih daripada jangkitan dan mempunyai antibodi dalam tubuh tidak akan dijangkiti kali kedua seperti dilaporkan Bernama.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 5780
Kes Baharu : 38
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1820
Kes ICU : 36
Kes Sembuh Baharu : 100
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu) : 3862
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 98


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)