Home Berita PAS Melaka

Tazkirah Ramadan Bersama Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka Siri 3

622
SHARE

 

4 Ramadaan 1441 H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ADAB – ADAB BERPUASA.

1.Memelihara lidah dan anggota badan daripada melakukan maksiat

Berdasarkan sabda nabi صلى عليه وسلم
من لم يدع قول الزّور والعمل به والجهل،فليس للّه حاجة أن يدع طعامه وشرابه.

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata palsu dan beramal dengannya,dan tidak meninggalkan perbuatan yang buruk, maka Allah tidak berhajat (tidak menerima amalan) dalam hal ia meninggalkan makanan dan minumannya.”

Dan sabda nabi صلى عليه وسلم:

ربّ قائم حظّه من قيامه:السّهر. وربّ صائم حظّه من صيامه :الجوع والعطش.

Maksudnya: “Boleh jadi ramai orang yang berdiri melakukan ibadah di malam hari, habuan qiyamnya hanya berjaga malam. Dan boleh jadi ramai orang yang berpuasa, sedangkan habuannya hanyalah lapar dan dahaga.”

2. Membaca sesuatu bacaan sebelum berbuka.

Mengikut hadis yang diriwayatkan daripada Nabi saw. bahawa Baginda bersabda ketika berbuka:

ذهب الظّمأ،وابتلّت العروق،وثبت الأجر إن شاء اللّه.
Sunan Abu Daud

Maksudnya: “Telah hilang dahaga dan basahlah urat serta tetaplah pahala insyaallah.”

Diriwayatkan juga bahawa Baginda bersabda(berdoa):

اللّهم لك صمت،وعلى رزقك أفطرت.
Sunan al Baihaqi

Dalam hadis lain:
الحمد للّه الّذي أعانني فصمت،ورزقني فأفطرت.
Su’ab al Iman

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah membantuku lalu aku dapat berpuasa,dan memberi rezeki kepadaku lalu aku dapat berbuka.”

3. Memulakan berbuka dengan rutab, tamar atau air.

Makanan berbuka puasa oleh seseorang (pada permulaan) iaitu rutab atau tamar atau air.

Ini berdasarkan riwayat bahawa Baginda saw. berbuka puasa sebelum solat (maghrib) dengan beberapa biji rutab. Jika tiada, Baginda mulakan dengan tamar dan jika tiada juga, Baginda akan meneguk beberapa teguk air.

Sabda nabi saw.
إذا كان أحدكم صائما،فليفطر على التّمر.فإن لم يجد التّمر ،فعلى الماء.فإن الماء طهور.
Sunan Abu Daud

Maksudnya: “Apabila seseorang kamu berpuasa, maka kamu hendaklah berbuka dengan buah tamar, jika tidak maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya air itu suci lagi menyucikan.”

4. Menyegerakan berbuka puasa.

Perihal menyegerakan berbuka puasa kerana lapar dan dahaga boleh memudaratkan seseorang. Oleh itu, tiada sebab mengapa ia perlu memanjangkan dirinya dalam keadaan tersebut, tambahan pula tiada kelebihan taqarrub dalam hal demikian.

Sabda Nabi saw:
لا يزال النّاس بخير،ما عجلوا الفطر.
Sahih Imam Bukhari

Maksudnya: “Manusia sentiasa berada dengan kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka.”

Sabda Nabi saw:
لا يزال الدّين ظاهرا ما عجّل النّاس الفطر،لأنّ اليهود والنصارى يؤخّرون.
Sunan Abu Daud

Maksudnya: “Agama ini sentiasa utuh dan kuat selama mana manusia (umat islam) menyegerakan berbuka,kerana orang yahudi dan nasara sentiasa melewatkannya.”

5. Melewatkan sahur.

Sesungguhnya tujuan sahur perlu dilewatkan adalah untuk menguatkan seseorang ketika berpuasa supaya puasa tidak boleh melemahkan dirinya sehingga menyebabkan ia tidak mampu melaksanakan pelbagai ibadah ketaatan. Tempoh masa antara sahur yang diamalkan oleh Rasulullah saw, dan antara solat Baginda ialah sekadar (bacaan) 50 ayat.

Sabda Nabi saw.
تسحّروا،فإن في السّحور بركة.
Sahih imam Muslim

Maksudnya: “Bersahurlah kerana sesungguhnya bersahur itu ada berkat.”

Mudahan- mudahan kita semua dapat melaksanakan ibadah puasa ini mengikut  Sekian.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tazkirah Ramadan bersama:

ABU SAKINAH
Pengerusi Majlis Muafakat Pondok Negeri Melaka
AJK Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka
4 Ramadan 1441H/ 27April 2020


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)