Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (25 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

600
SHARE

 

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 25 Mei.

Menurut laporan itu TIADA kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Selain itu Melaka juga tidak mencatatkan kes sembuh dan kes kematian baharu semalam menjadikan statistik semalam dan kelmarin adalah sama.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 11 orang
• Melaka Tengah : 3 orang
• Alor Gajah : 2 orang
• Jasin : 1 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 4
• Kes import (Alor Gajah) : 1

Kes baharu : TIADA
Kes sembuh (keseluruhan) : 200 orang
Sedang dirawat : 11 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1
Batu Berendam : 2
Kes import : 4

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 27

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Sungai Baru Ulu : 2
Kes import : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Kuning)
Jasin : 42/1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 20


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 24 Mei.

Menurut kenyataan akhbar KKM itu, dengan 172 kes baharu dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif seluruh negara adalah sebanyak 7414 kes. Kadar ini naik sekali ganda berbanding 60 kes pada 24 Mei. Sehari sebelum itu, hanya 48 kes baharu dilaporkan.

Menurut laporan itu lagi, daripada 172 kes baharu yang dilaporkan semalam, lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 167 kes penularan tempatan. Daripada 167 kes penularan tempatan ini pula, 159 kes adalah bukan warganegara Malaysia. Sementara daripada 159 kes ini pula, 112 berlaku di tiga Depoh Tahanan Imigresen (DTI).

Tambah laporan itu lagi, sebahagian kes ini berlaku di DTI Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang. Menurut KKM, rakyat asing atau Orang Kena Tahan (OKT) ini telah diasingkan lebih awal daripada masyarakat tempatan dan kes-kes baharu itu disebabkan jangkitan dalam kalangan tahanan dalam DTI.

Laporan yang sama juga menyatakan terdapat 34 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5979 bersamaan 80.6 peratus.

Menurut laporan KKM itu lagi, di sebalik jumlah kes baharu mendadak yang dicatatkan negara semalam, hanya tiga negeri merekodkan kes baharu iaitu Selangor (53 kes), Kuala Lumpur (115 kes) dan Sarawak (4 kes). Negeri-negeri lain tidak mencatatkan kes baharu semalam.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 7414
Kes Baharu : 172
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1323
Kes ICU : 8
Kes Sembuh Baharu : 34
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5979
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 115


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)