Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (23 Mei) Covid 19 Aidilfitri Bagi Negeri Melaka

930
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Terlebih dahulu Unit Berita Penerangan PAS Melaka dan Wartawan Rakyat Melaka (WARM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca terutama kepada seluruh rakyat Melaka.

Kami mengharapkan agar anda semua sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan penjarakan sosial terutama sepanjang Hari Raya ini. Ingatlah bahawa risiko tinggi jangkitan Covid-19 apabila kita bertemu dengan ramai orang.

Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 23 Mei.

Menurut laporan itu TIADA kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam.

Selain itu empat kes sembuh direkodkan iaitu dua dari kategori Kes Import (Daerah Melaka Tengah), satu kes di Mukim Masjid Tanah (Daerah Alor Gajah) dan satu kes lagi di Mukim Jasin (Daerah Jasin). Mukim Masjid Tanah kini adalah zon hijau selepas satu kes aktif yang masih tinggal semalam telah pun sembuh.

Tiada kes kematian baharu dilaporkan Jabatan Kesihatan Melaka semalam menjadikan kes kematian keseluruhan di Negeri Melaka kekal lima kes sehingga semalam.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 12 orang
• Melaka Tengah : 3 orang
• Alor Gajah : 2 orang
• Jasin : 1 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 5
• Kes import (Alor Gajah) : 1

Kes baharu : TIADA
Kes sembuh (keseluruhan) : 199 orang
Sedang dirawat : 12 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1
Batu Berendam : 2
Kes import : 5 (2 kes sembuh)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 27

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Sungai Baru Ulu : 2
Kes import : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Kuning)
Jasin : 1 (1 kes sembuh)

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 20


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 23 Mei.

Menurut laporan itu, dengan 48 kes baharu dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif seluruh negara adalah sebanyak 7185 kes.

Terdapat 53 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5912 bersamaan 82.3 peratus.

Menurut laporan KKM lagi, enam negeri merekodkan kes baharu semalam iaitu Selangor (37 kes), Kuala Lumpur (5 kes), Negeri Sembilan (1 kes), Johor (1 kes), Sabah (1 kes) dan Pahang (3 kes). Negeri-negeri lain tidak mencatatkan kes baharu semalam.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 7185
Kes Baharu : 48
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1158
Kes ICU : 9
Kes Sembuh Baharu : 53
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5912
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 115


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)