Home Artikel PAS Wilayah

Aidilfitri ikatan antara hamba dan Rabnya

194
SHARE

Aidilfitri ikatan antara hamba dan Rabnya

Allahu Akhbar
Allahu Akhbar
Allahu Akhbar

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, Ramadan tahun ini telah kita lalui dalam suasana yang berbeza, pengalaman yang mengajar kita untuk sentiasa mensyukuri peluang dan kesempatan yang diberikan Allah swt.

Tahun ini, kita semua meraikan syawal dengan cara yang berbeza, tiada kunjungan pulang beraya di kampung, tiada kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka, tiada himpunan di masjid dan surau demi menjaga maslahat ummah seluruhnya.

Suasana ini tidak dapat mengurangkan rasa syukur dan keimanan kita kepada Allah swt kerana syawal tetap diraikan dengan apa adanya sebagai tanda kemenangan dan syukur kepada Allah swt.

‘Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah swt kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur’ [Al-Baqarah:185]

Mari bersama kita menyahut saranan kerajaan supaya sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan mengikut SOP yang telah ditetapkan, agar kita semua terpelihara dari wabak COVID-19 yang masih menular.

Saya mewakili seluruh jentera PAS Kawasan Bukit Bintang dengan rendah hati memohon kemaafan dan mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh ahli PAS dan warga Malaysia seluruhnya.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

Hj Mohd Azemi Azman Johari
YDP PAS Kawasan Bukit Bintang
24 Mei 2020 | 1 Syawal 1441H