Oleh : Ibnu Janie
MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 23 April.
Mengikut laporan tersebut TIADA kes baru dicatatkan di Melaka semalam. Selain itu kes sembuh iaitu sebanyak 95 kes sudah pun melebihi kes aktif sebanyak 90 kes.
Laporan itu juga menunjukkan Daerah Jasin mulai semalam telah berada dalam zon kuning. Daerah Jasin sebelum ini dinilai sebagai zon jingga. Daerah Alor Gajah kekal di dalam zon kuning. Dan Daerah Kota Melaka masih kekal dalam zon merah. Untuk rekod sejak 20 April lepas Jabatan Kesihatan Melaka telah mengambilkira kadar pesakit aktif atau yang masih dirawat sebagai indikator pengezonan.
Menurut laporan itu juga Mukim Jasin masih mencatatkan mukim dengan kes aktif tertinggi iaitu sebanyak 23 kes. Sementara kategori ‘luar kawasan’ pula mencatatkan Melaka Tengah sebagai tertinggi iaitu 38 kes.
Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.
Panduan membaca laporan : A/B bermaksud : A adalah jumlah terkumpul keseluruhan. B pula adalah bilangan yang masih mendapat rawatan.Contohnya jika laporan tertulis ’10/6′ bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang, terdapat 6 orang yang masih dalam rawatan, sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia. |
Kes Positif Keseluruhan Melaka : 189 orang
• Melaka Tengah : 89/56 orang
• Alor Gajah : 29/6 orang
• Jasin : 71/28 orang
Kes baru : TIADA
Kes sembuh : 95 orang
Sedang dirawat : 90 orang
Kes kematian : 4 orang
Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-
MELAKA TENGAH (Kategori Merah)
Alai : 3/0
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 3/1
Bandar Melaka : 1/1
Batu Berendam : 4/0
Bertam : 1/1
Bukit Baru : 2/1
Bukit Katil : 9/4
Cheng : 1/0
Klebang Besar : 1/0
Padang Temu : 11/8
Paya Rumput : 2/0
Pernu : 1/0
Sungai Udang : 1/0
Tanjung Minyak : 2/0
Teluk Mas : 4/1
Luar kawasan : 40/38
Jumlah Mukim = 30
Mukim terjejas = 9
Mukim tidak terjejas = 21
ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Durian Tunggal : 5/2
Klemak : 6/0
Lendu : 7/1
Masjid Tanah : 2/2
Sungai Baru Tengah : 1/0
Sungai Baru Ulu : 1/0
Sungai Siput : 1/1
Luar Kawasan : 6/0
Jumlah Mukim = 32
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 28
JASIN (Kategori Kuning)
Ayer Panas : 1/0
Bandar Jasin : 4/1
Chabau : 1/1
Chin Chin : 2/0
Chohong : 7/2
Jasin : 40/23
Kesang : 2/0
Merlimau : 2/1
Sebatu : 4/0
Serkam : 6/0
Umbai : 2/0
Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16
Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam berkata, Perlis diisytiharkan sebagai kawasan pertama zon hijau selepas tiada jangkitan baharu dikesan melebihi dua minggu.
Beliau memberitahu, negeri-negeri utara termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Perak juga dilihat mencatatkan penurunan kes secara mendadak.
Jelas beliau, jika ada antara negeri-negeri itu yang merekodkan kes jangkitan sifar untuk tempoh melebihi dua minggu maka Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengisytiharkannya sebagai zon hijau.
STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah keseluruhan : 5603
Kes Baharu : 71
Yang Masih Dirawat : 1966
Kes Sembuh : 3542
Kematian Baharu : 2
Jumlah kematian : 95