Home Artikel PAS Sarawak

PKP : PAS Kota Samarahan Santuni Warga Terjejas

226
SHARE

Oleh : Nurazieun Abdullah

Kota Samarahan, 21 April – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Kota Samarahan (PKKS) dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Samarahan (DMPKKS) selesai mengagihkan sumbangan keperluan fasa kedua kepada keluarga di tiga buah kampung hari ini.

Seramai 25 keluarga menerima kit sumbangan yang telah diserahkan sendiri oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPKKS, Mastura Julai yang mengandungi beras, gula, minyak dan lain-lain keperluan makanan harian.

Sebanyak 20 kit sumbangan telah diserahkan kepada sepuluh keluarga di Kampung Tanjung Bundong dan sepuluh keluarga di Kampung Mang. Manakala, baki 5 kit sumbangan telah diagihkan kepada keluarga di Kampung Tanjung Tuang.

Serahan sumbangan ini juga merupakan inisiatif PAS Kota Samarahan untuk membantu meringankan beban penduduk kawasan yang terjejas.

Serahan sumbangan tersebut juga dihadiri wakil jawatankuasa Muslimat PAS Kota Samarahan, Fatimah Zaharah Muhammad sekaligus menyeru rakyat Malaysia untuk membantu para petugas hadapan negara agar kekal berada di rumah bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.