Home Artikel PAS Sabah

Frontliners menerima penghargaan PAS Kawasan Silam

655
SHARE

oleh: Juliana Hamid
22 Mei 2020 | 29 Ramadan 1441h

KUNAK: PAS Kunak beri penghargaan kepada ‘fronliners’ yang bertungkus-lumus dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat khususnya di Daerah Kunak hari ini.

PAS Kunak dengan kerjasama NGO Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, memberikan penghargaan berbentuk ‘hamper’ kepada Barisan Hadapan yang terdiri daripada kakitangan hospital, Polis, Bomba dan tentera yang menjaga keselamatan masyarakat sejak PKP dilaksanakan pada Mac 2020 yang lalu.

Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Naib Yang Dipertua (NYDP) PAS Kawasan Silam, Kasman Karate.

Menurut beliau, Barisan Hadapan adalah wira negara sudah seharusnya diberikan penghargaan dan diraikan atas segala pengorbanan mereka.

“Pengorbanan yang mereka lakukan dengan meninggalkan anak isteri serta keluarga di saat genting ini, membuktikan bahawa mereka yang berada dibarisan hadapan ini sanggup berkorban demi negara, bangsa dan agama, ianya perlu diberikan penghargaan”.

PAS Kunak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua petugas Barisan Hadapan.

PAS Kunak turut mendoakan agar kesihatan dan keselamatan mereka sentiasa dipelihara oleh Allah SWT dalam menjalankan tugas dan  semoga Allah swt memberi ganjaran buat mereka.

”…..dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.” (Al-Maaidah 5:32)

Turut hadir memberikan penghargaan ialah Ketua Pemuda PAS Cawangan Pekan Kunak merangkap wakil Jabatan Amal Malaysia Kawasan Silam, Ardie Kamare, wakil NGO Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, wakil Ameerah Silam dan beberapa orang ahli PAS Kunak.