Oleh : Ibnu Janie
MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 22 April.
Mengikut laporan tersebut hanya terdapat SATU kes baru dicatatkan di Melaka semalam.
Laporan itu juga menunjukkan bahawa Alor Gajah masih di dalam ‘zon kuning’, Jasin pula dalam zon jingga sementara Melaka Tengah kekal berada dalam ‘zon merah’. ‘Kes luar kawasan’ di Melaka tengah mencatatkan kes aktif paling tinggi iaitu 38 kes sementara Mukim Jasin adalah mukim dengan kes aktif tertinggi iaitu 23 kes.
Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.
Panduan membaca laporan : Contohnya jika laporan tertulis ’10/6′ bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang, terdapat 6 orang yang masih dalam rawatan, sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia. |
Kes Positif Keseluruhan Melaka : 189/97 orang
• Melaka Tengah : 89/60 orang
• Alor Gajah : 29/8 orang
• Jasin : 71/29 orang
Kes baru : 1 orang
Kes sembuh : 88 orang
Sedang dirawat : 97 orang
Kes kematian : 4 orang
Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-
MELAKA TENGAH (Kategori Merah)
Alai : 3/0
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 3/1
Bandar Melaka : 1/1
Batu Berendam : 4/0
Bertam : 1/1
Bukit Baru : 2/1
Bukit Katil : 9/6
Cheng : 1/1
Klebang Besar : 1/0
Padang Temu : 11/8
Paya Rumput : 2/1
Pernu : 1/0
Sungai Udang : 1/0
Tanjung Minyak : 2/0
Teluk Mas : 4/1
Luar kawasan : 40/38
Jumlah Mukim = 30
Mukim terjejas = 11
Mukim tidak terjejas = 19
ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Durian Tunggal : 5/2
Klemak : 6/1
Lendu : 7/1
Masjid Tanah : 2/2
Sungai Baru Tengah : 1/0
Sungai Baru Ulu : 1/0
Sungai Siput : 1/1
Luar Kawasan : 6/1
Jumlah Mukim = 32
Mukim terjejas = 6
Mukim tidak terjejas = 26
JASIN (Kategori Jingga)
Ayer Panas : 1/0
Bandar Jasin : 4/1
Chabau : 1/1
Chin Chin : 2/0
Chohong : 7/3
Jasin : 40/23
Kesang : 2/0
Merlimau : 2/1
Sebatu : 4/0
Serkam : 6/0
Umbai : 2/0
Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16
Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 103 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj daripada Covid-19 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam berkata, dengan bilangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya meningkat kepada 3,452 kes atau 62.4 peratus.
STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah keseluruhan : 5532
Kes Baharu : 50
Yang Masih Dirawat : 1987
Kes Sembuh : 3452
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 93