Home Berita PAS Wilayah

Muslim Care serah sumbangan barang keperluan asas dapur kepada PAS Bandar Tun Razak untuk diedarkan

1027
SHARE

Muslim Care serah sumbangan barang keperluan asas dapur kepada PAS Bandar Tun Razak untuk diedarkan

Oleh: Cahaya Syuhada’

22 April 2020, Kg. Malaysia Tambahan: PAS Bandar Tun Razak (BTR) menerima 50 bungkus barang keperluan asas dapur untuk sumbangan Covid19 daripada NGO Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) untuk diedarkan kepada golongan terjejas sepanjang PKP.

Sumbangan telah sampaikan oleh wakil Muslim Care kepada Dr Rosni Adam mewakili AJK PAS BTR dan juga merupakan Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP). Penyerahan dibuat di Darul Tarbiyah PAS BTR, Kg Malaysia Tambahan yang turut menjadi pusat penyediaan dan simpanan barangan sumbangan Covid19.

Turut hadir adalah saudara Khairul Jefferi, Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS BTR (LKKPBTR).

Menurut Dr Rosni, “Sumbangan yang diterima dapat diedarkan kepada golongan sasar yang telah LKKPBTR kenal pasti melalui Ketua-ketua cawangan PAS yang ada. Hal ini kerana, senarai menunggu bantuan Covid19 PAS BTR masih ramai semenjak PKP dilaksanakan sehingga hari ini yang telah masuk fasa ke 3 PKP. Justeru, sedikit sebanyak dapat membantu golongan memerlukan ini menyambut Ramadhan yang bakal tiba dengan ada makanan untuk bersahur dan berbuka walaupun tidak mewah”.

Dikesempatan ini, PAS BTR mengucapkan jutaan terima kasih kepada Muslim Care juga kepada para petugas LKKPBTR, serta kepada para penyumbang yang sentiasa berusaha membantu golongan terjejas semasa PKP dilaksanakan. Semoga Allah merahmati semuanya.

#RamadhanSemakinHampir
#StayAtHome
#DudukRumah
#CegahCovid19
#TabungCaknaCovid19
#RingankanBebanMereka
#LajnahKebajikanKemasyarakatanPASBTR