Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (21 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

528
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 21 Mei.

Menurut laporan itu TIADA kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Ini menjadikan semalam sebagai hari keenam berturut-turut Negeri Melaka tidak merekodkan sebarang kes baharu Covid-19.

Namun begitu jumlah pesakit aktif kekal seperti kelmarin memandangkan tiada kes sembuh atau kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka:

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 16 orang
• Melaka Tengah : 2 orang
• Alor Gajah : 3 orang
• Jasin : 2 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 8
• Kes import (Alor Gajah) : 1

Kes baharu : TIADA
Kes sembuh (keseluruhan) : 194 orang
Sedang dirawat : 16 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1
Batu Berendam : 1
Kes import : 8

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 1
Sungai Baru Ulu : 2
Kes import : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 29

JASIN (Kategori Kuning)
Jasin : 2

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 20


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 21 Mei.

Menurut laporan itu, dengan 50 kes baharu dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif seluruh negara adalah sebanyak 7,059 kes. Terdapat 90 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5,796 bersamaan 82.11 peratus.

Selain itu terdapat juga kluster baru dilaporkan iaitu ‘Kluster Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil’ dengan jumlah kes positif adalah sebanyak 35 kes.

Menurut laporan KKM lagi, hanya empat negeri merekodkan kes baharu semalam iaitu Selangor (8 kes), Kuala Lumpur (39 kes), Negeri Sembilan (2 kes) dan Pahang (1 kes).

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 7059
Kes Baharu : 50
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1149
Kes ICU : 10
Kes Sembuh Baharu : 90
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5796
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 114


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)