Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (20 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

706
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 20 Mei.

Menurut laporan itu TIADA kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Ini menjadikan semalam sebagai hari kelima berturut-turut Negeri Melaka tidak merekodkan sebarang kes baharu Covid-19.

Selain itu dari laporan tersebut menunjukkan terdapat DUA kes sembuh direkodkan iaitu satu dari kategori kes import Daerah Melaka Tengah dan satu lagi kes dari Mukim Masjid Tanah Daerah Alor Gajah.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 16 orang
• Melaka Tengah : 2 orang
• Alor Gajah : 3 orang
• Jasin : 2 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 8
• Kes import (Alor Gajah) : 1

Kes baharu : TIADA
Kes sembuh (keseluruhan) : 194 orang
Sedang dirawat : 16 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1
Batu Berendam : 1
Kes import : 8 (1 kes sembuh)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 1 (1 kes sembuh)
Sungai Baru Ulu : 2
Kes import : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 29

JASIN (Kategori Kuning)
Jasin : 2

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 20


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 20 Mei.

Menurut laporan itu sebanyak 31 kes baharu telah dilaporkan semalam berkurangan dari hari sebelumnya yang merekodkan sebanyak 37 kes. Bilangan ini masih mengekalkan bilangan kes baharu direkodkan di bawah 50 kes sejak 12 Mei lepas.

Daripada 31 kes baru yang dilaporkan semalam, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

KKM juga melaporkan 60 kes sembuh dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5706 (bersamaan 80.4%). Kadar kematian adalah 1.63 peratus atau 114 kes kematian.

Dari laman Telegram KKM pula walau pun kadar kes baharu yang direkodkan di seluruh Malaysia semalam rendah namun ia melibatkan tujuh negeri berbanding hanya tiga negeri kelmarin. Tujuh negeri itu ialah Selangor (15 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (10 kes), Sabah (1 kes), Kelantan (1 kes), Terengganu (1 kes), Kedah (1 kes), dan Putrajaya (2 kes). Negeri-negeri lain tidak merekodkan kes baharu.

Kelantan dan Kedah yang sebelum ini berada dalam zon hijau kini kembali mencatatkan jangkitan COVID-19 dengan mencatatkan satu kes baharu bagi setiap negeri.

Di Kelantan kes terbaharu dikesan di Kuala Krai, membabitkan seorang wanita mengandung. Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin dalam laporan KKM itu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pula, wanita mengandung itu dari Ampang dan berhasrat melahirkan anak di kampung di Kelantan. Namun wanita itu didapati positif COVID19 selepas pemeriksaan kesihatan di klinik ibu dan anak. KKM sedang menjalankan pengesanan kontak rapat wanita berkenaan.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 7009
Kes Baharu : 31
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1189
Kes ICU : 11
Kes Sembuh Baharu : 60
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5706
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 114


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)