Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (20 April) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

1104
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 20 April.

Mengikut laporan tersebut terdapat DUA kes baharu dilaporkan di Melaka semalam. Ini sesuatu yang melegakan selepas Melaka merekodkan kadar kes baharu tertinggi secara mendadak kelmarin iaitu seramai 37 orang dari kes luar negara yang ditempatkan di stesen kuarantin Melaka Tengah.

Laporan itu bermula semalam juga dilihat telah menggunakan kadar kes aktif yang masih dirawat sebagai asas pengezonan kawasan. Ini menjadikan Alor Gajah yang sebelum ini berada dalam ‘zon jingga’ kini berada dalam ‘zon kuning’. Jasin pula yang sebelum ini berada dalam zon merah’ telah bertukar ke ‘zon jingga’. Namun Melaka Tengah masih kekal berada dalam ‘zon merah’.

Sementara itu semalam Kementerian Kesihatan Malaysia juga memaklumkan berita melegakan dengan Malaysia mencatatkan ‘TIADA KEMATIAN’ semalam. Ini adalah kali pertama ‘tiada kematian’ direkodkan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac lepas.

Kementerian Kesihatan dalam laporan yang sama juga memaklumkan kadar kes baharu ialah sebanyak 36 kes. Kadar jni juga merupakan yang terendah sejak bermulanya PKP.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Panduan membaca laporan :
A/B bermaksud :
A adalah jumlah terkumpul keseluruhan.
B pula adalah bilangan yang masih mendapat rawatan.

Contohnya jika laporan tertulis ’10/6′ bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang, terdapat 6 orang kes aktif yang masih dalam rawatan, sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 187/111 orang
• Melaka Tengah : 89/61 orang
• Alor Gajah : 29/10 orang
• Jasin : 69/40 orang

Kes baharu : 2 orang
Kes sembuh : 72 orang
Sedang dirawat : 111 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-

MELAKA TENGAH (Zon Merah)
Alai : 3/0
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 3/1
Bandar Melaka : 1/1
Batu Berendam : 4/0
Bertam : 1/1
Bukit Baru : 2/1
Bukit Katil : 9/6
Cheng : 1/1
Klebang Besar : 1/0
Padang Temu : 11/8
Paya Rumput : 2/1
Pernu : 1/0
Sungai Udang : 1/0
Tanjung Minyak : 2/0
Teluk Mas : 4/1
Luar kawasan : 40/39

Jumlah Mukim = 30
Mukim terjejas = 17
Mukim tidak terjejas = 13

ALOR GAJAH (Zon Kuning)
Durian Tunggal : 5/2
Klemak : 6/2
Lendu : 7/2
Masjid Tanah : 2/2
Sungai Baru Tengah : 1/0
Sungai Baru Ulu : 1/0
Sungai Siput : 1/1
Luar Kawasan : 6/1

Jumlah Mukim = 32
Mukim terjejas = 8
Mukim tidak terjejas = 24

JASIN (Zon Jingga)
Ayer Panas : 1/0
Bandar Jasin : 4/1
Chabau : 1/1
Chin Chin : 2/0
Chohong : 7/3
Jasin : 38/33
Kesang : 2/0
Merlimau : 2/1
Sebatu : 4/1
Serkam : 6/0
Umbai : 2/0

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 11
Mukim tidak terjejas = 10


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah keseluruhan : 5425
Kes Baharu : 36
Yang Masih Dirawat : 2041
Kes Sembuh : 3295
Kes Sembuh Baharu : 98
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 89