Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (19 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

754
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 19 Mei.

Menurut laporan itu TIADA kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Ini menjadikan semalam sebagai hari keempat berturut-turut Negeri Melaka tidak merekodkan sebarang kes baharu Covid-19.

Selain itu dari laporan tersebut terdapat LIMA kes sembuh direkodkan iaitu dua dari kategori kes import, dua kes dari Mukim Bukit Katil dan satu dari Mukim Padang Temu. Kesemuanya dari Daerah Melaka Tengah.

Ini juga menjadikan Mukim Bukit Katil dan Mukim Padang Temu kini berada dalam zon hijau selepas tiada lagi kes aktif direkodkan di kedua-dua mukim tersebut. Ini juga bermaksud dari keseluruhan 81 mukim di seluruh Negeri Melaka kini hanya lima mukim masih terjejas.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 18 orang
• Melaka Tengah : 2 orang
• Alor Gajah : 4 orang
• Jasin : 2 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 9
• Kes import (Alor Gajah) : 1

Kes baharu : TIADA
Kes sembuh (keseluruhan) : 192 orang
Sedang dirawat : 18 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1
Batu Berendam : 1
Kes import : 9 (2 kes sembuh)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 27

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 2
Sungai Baru Ulu : 2
Kes import : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 29

JASIN (Kategori Kuning)
Jasin : 2

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 20


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 19 Mei.

Sebanyak 37 kes baharu telah dilaporkan semalam berkurangan dari hari sebelumnya sebanyak 47 kes. Bilangan ini masih mengekalkan bilangan kes baharu direkodkan di bawah 50 kes sejak 12 Mei lepas.

Daripada 37 kes baru yang dilaporkan, dua adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 35 kes adalah penularan tempatan di mana 22 kes adalah bukan warganegara Malaysia.

KKM juga melaporkan 31 kes sembuh dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5,646 (bersamaan 80.91%). Kadar kematian adalah 1.63 peratus atau 114 kes kematian.

Dari laporan itu juga hanya tiga negeri sahaja yang merekodkan kes baharu semalam iaitu Selangor (6 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (22 kes) dan Johor (1 kes). Negeri-negeri lain tidak merekodkan kes baharu.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6978
Kes Baharu : 37
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1218
Kes ICU : 11
Kes Sembuh Baharu : 31
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5646
Kematian Baharu : Satu
Jumlah kematian : 114


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)