Home Artikel PAS Perak

Sannah Helwah Ustazah Nuridah

456
SHARE

Sannah Helwah Ustazah Nuridah

Keterlibatan muslimat di medan perjuangan merupakan satu anugerah dan contoh yang perlu menjadi ikutan. Bagi Muslimat PAS khususnya, peribadi Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh ini pastinya sudah menjadi kelaziman buat semua.

Hingga ke hari ini, tanggungjawab dan amanah baik dalam dunia politik, mahupun dalam menjalankan tugas hakiki beliau sebagai seorang isteri dan ibu kepada 10 orang anak tetap cemerlang seiring dengan kepadatan jadual harian beliau. Oleh hal sedemikian, marilah kita sama-sama mencontohi peribadi beliau.

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran buat Ustazah Nuridah yang ke 59. Semoga dengan usia yang semakin bertambah ini, akan menjadikan Ustazah terus cekal memimpin ummah dari semasa ke semasa.

Teruslah menjadi inspirasi buat semua muslimat. Keterlibatan ustazah di dalam dunia politik mahupun aktiviti-aktiviti kebajikan luar negara banyak membuka mata kami semua bahawa perjuangan ini merupakan sesuatu yang indah.

Kecekalan Ustazah yang tetap mengukir senyuman dalam kepadatan jadual harian membuatkan kami terus bersemangat untuk meniti jalan juang ini. Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mendoakan agar Ustazah sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih – Nya. Aamin.

“Ya Allah..
Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah kami semua dengan hidayah dan taufik Mu agar kami dipelihara akidah, mentaati syari’at Mu, dan sentiasa memelihara akhlak. Bantulah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.”

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Dr Najihatussalehah Binti Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
20 Mei 2020 | 27 Ramadan 1441H