Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (19 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

659
SHARE


Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 19 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu direkodkan semalam menjadikan semalam sebagai hari keenam berturut-turut Melaka tidak merekodkan sebarang kes baharu Covid-19 sejak 13 Jun lepas.

Laporan itu juga menunjukan tiada kes kesembuhan baharu dan kes kematian baharu direkodkan di Melaka semalam menjadikan jumlah pesakit aktif di Melaka kekal pada jumlah 23 orang.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 23 orang
• Melaka Tengah : 4 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 18

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : 2
Kes sembuh (keseluruhan) : 227 orang
Sedang dirawat : 23 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bukit Katil : 1
Bukit Baru : 2
Duyong : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 19 Jun.

KKM memaklumkan bahawa terdapat enam kes baharu dilaporkan semalam melibatkan dua kes import dan empat kes penularan tempatan di mana kesemua kes penularan tempatan ini melibatkan kes warganegara.

Menurut KKM lagi bagi kes penularan tempatan ini masing-masing satu kes berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak.

KKM juga memaklumkan sebanyak 70 kes discaj dilaporkan semalam menjadikan jumlah kes discaj adalah sebanyak 8,070 kes.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIAl
Jumlah kes keseluruhan : 8535
Kes Baharu : 6
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 344
Kes ICU : 3
Kes Sembuh Baharu : 70
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8000 8070
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)