Home Berita PAS Melaka

Tazkirah Pagi Jumaat : Andai Minggu Hadapan Kita Mati

10830
SHARE

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum wbt para pembaca yang dirahmati Allah. Satu soalan untuk kita semua. Sila jawab dengan jujur daripada hati kita sendiri. Jika kita tahu minggu hadapan pada hari sabtu jam 3 petang kita akan meninggal dunia, dalam satu minggu ini bagaimanakah cara ibadah kita? Apakah kebaikan yang akan kita lakukan dalam baki satu minggu yang tinggal itu?

Firman Allah swt:
Aal-e-Imran 3:145

وَمَا كاَنَ لِنَفْسٍ أن تَمُوتَ الا بِإِذْنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُؤَجَّلًاۗ وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ ٱلدُّنْيَا نُؤْتِهِۦ مِنْهَا وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ ٱلْءَاخِرَةِ نُؤْتِهِۦ مِنْهَاۚ وَسَنَجْزِى
ٱلشّٰكِرِينَ

Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan عن dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

Sudah ada jawapan sahabat ku sekalian? Sekarang kita tanya pula diri kita, jika kita tahu bila waktu kita akan meninggal dunia dan kita akan melakukan amal kebaikan seperti yang dijawab dari hati kita semua, bagaimanakah pula persiapan jika kita tidak tahu waktu kita akan pergi meninggalkan dunia ini? Mungkin esok, mungkin sekejap lagi, mungkin selepas kita membaca artikel ini kita akan di panggil oleh Allah swt.

Firman Allah swt: An-Nahl 16:61

وَلَوْ يُؤَاخِذُ ٱللّٰهَّ ٱلنَّاسَ بِظُلْمِهِم مَّا تَرَكَ عَلَيْهَا مِن دَآبَّةٍ وَلَٰكِن يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُسَمًّىۖ فَإذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَـٔخِرُونَ سَاعَةًۖ وَلَايَسْتَقْدِمُونَ

Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.

Jadi wahai sahabat ku sekalian janganlah mengambil mudah dengan kematian ini kerana ianya akan berlaku pada bila-bila masa sahaja dan sewajibnya kita mencuba sedaya upaya untuk bersedia menghadapinya. Buatlah amal kebaikan sebanyak yang mungkin sementara kita mampu melakukannya dalam hidup ini dan elakkanlah sedaya yang mungkin daripada melakukan maksiat yang mendatangkan murka Allah swt kepada kita.

Bukanlah bermakna kita perlu meninggalkan kehidupan kita di dunia ini, tetapi kita menjadikan hidup kita ini sebagai ibadah kepada Allah swt seperti yang saya tulis di dalam artikel yang lepas.

Firman Allah swt:
Aal-e-Imran 3:133

وَسَارِعُوٓا۟ إلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلْارْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa;

Sad 38:82
قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: ” Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya.

Sad 38:83
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِينَ

” Kecuali hamba-hamba-Mu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas”.

Maka sahabat ku sekalian, marilah kita bersegera dalam melakukan kebaikan sebelum ajal menjemput kita pada bila-bila masa sahaja dan pastikan sedaya upaya dalam kemampuan kita untuk ikhlas dalam amal kebaikan yang kita lakukan supaya amal itu diterima oleh Allah swt dan tidak diselewengkan oleh syaitan dan Iblis. Jangan kita bertangguh dalam melakukan amal kebaikan kerana kita akan menyesal dengan sebenar-benar kesal pada hari kemudian nanti. Jangan kita menjadi antara golongan yang meminta pada Allah swt ketika ajal menjemput dengan memohon dan merayu agar ditangguhkan sebentar kematian untuk kita melakukan amal soleh yang dahulunya ketika mempunyai waktu untuk melakukannya tetapi kita bersikap sambil lewa dan melewat-lewatkan atau tidak melakukan amal kebaikan ketika ada masa itu.

Firman Allah swt:
Al-Munafiqun 63:10

وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنَٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأ تِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَ الصَّدَّقَ وَأَ كُن مِّنَ ٱلصّٰلِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.

Akhir kalam daripada saya, semoga Allah menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang bersegera dalam melakukan kebaikan dan amal soleh serta ikhlas di dalam amal perbuatan itu. Di ampunkan dosa-dosa kita dan dijadikan kita daripada hamba Nya yang bertakwa serta dimasukkan kita ke dalam syurga dan dapat bertemu dengan kekasih dan rasul kita nabi Muhammad SAW. Mintalah pada Allah swt bersungguh-sungguh agar Allah SWT memberikan kita ikhlas yang sebenarnya agar tidak sia-sia amalan kita.

Apa yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan apa yang lemah dan kurang itu saya memohon ampun daripada Allah SWT.

وَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَا تُه
سيروا على بركة اللّه

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

MOHD. SYAFIQ ISMAIL
KETUA URUSAN ULAMAK
PAS Kawasan Tangga Batu


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)