Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (19 April) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

933
SHARE


Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Laman FB rasmi Pejabat Kesihatan Melaka pada jam 8.24 malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 19 April.

Mengikut laporan tersebut sebanyak 37 kes baharu dilaporkan di Melaka semalam. Ini menjadikan ia antara rekod kes baharu tertinggi dalam Negeri Melaka. Pihak Jabatan Kesihatan Melaka menjelaskan bahawa kesemua kes ini adalah kes luar negara yang ditempatkan di stesen kuarantin Melaka Tengah. Mereka dikategorikan sebagai ‘luar kawasan’.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa Alor Gajah masih di dalam ‘kategori jingga’ sementara Jasin dan Melaka Tengah berada dalam ‘kategori merah’.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Panduan membaca laporan :
A/B bermaksud :
A adalah jumlah terkumpul keseluruhan.
B pula adalah bilangan yang masih mendapat rawatan.

Contohnya jika laporan tertulis ’10/6′ bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang, terdapat 6 orang yang masih dalam rawatan, sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 185/120 orang
• Melaka Tengah : 88/65 orang
• Alor Gajah : 29/13 orang
• Jasin : 68/42 orang

Kes baru : 37
Kes sembuh : 61 orang
Sedang dirawat : 120 orang
Kes kematian : 4 orang

Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-

MELAKA TENGAH (Kategori Merah)
Alai : 3/0
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 3/2
Bandar Melaka : 1/1
Batu Berendam : 4/0
Bertam : 1/1
Bukit Baru : 1/1
Bukit Katil : 9/8
Cheng : 1/1
Klebang Besar : 1/0
Padang Temu : 11/8
Paya Rumput : 2/2
Pernu : 1/0
Sungai Udang : 1/0
Tanjung Minyak : 2/0
Teluk Mas : 4/1
Luar kawasan : 40/39

Jumlah Mukim =30
Mukim terjejas = 16
Mukim tidak terjejas = 14

ALOR GAJAH (Kategori Jingga)
Durian Tunggal : 5/2
Klemak : 6/3
Lendu : 7/2
Masjid Tanah : 2/2
Sungai Baru Tengah : 1/0
Sungai Baru Ulu : 1/0
Sungai Siput : 1/1
Luar Kawasan : 6/3

Jumlah Mukim = 32
Mukim terjejas = 8
Mukim tidak terjejas = 24

JASIN (Kategori Merah)
Ayer Panas : 1/0
Bandar Jasin : 4/1
Chin Chin : 2/1
Chohong : 7/4
Jasin : 38/34
Kesang : 2/0
Merlimau : 2/1
Sebatu : 4/1
Serkam : 6/0
Umbai : 2/0

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 10
Mukim tidak terjejas = 11


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah keseluruhan : 5389
Kes Baharu : 84
Yang Masih Dirawat : 2103
Kes Sembuh : 3197
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 89