Home Berita PAS Sabah

TAHNIAH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA: PAS SABAH

858
SHARE

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan semua pihak yang telah menampakkan hasil atas segala dasar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Sehingga hari ini, kadar pesakit yang disahkan COVID-19 kelihatan semakin menurun. Semoga keadaan ini semakin baik secara berterusan.

3. Kadar pesakit yang sembuh juga telah mencapai angka 58 peratus dan saya rasa ini satu pencapaian yang sangat baik.

4. PAS Sabah juga ingin menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi sebarang dasar dan polisi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Terkadang masih kelihatan orang ramai berpusu-pusu di bank atau tempat serahan sumbangan. Saya berharap semua aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat mengikut kaedah yang betul untuk mengelakkan rantaian jangkitan penyakit ini.

5. Saya juga memohon kepada semua masyarakat supaya terus berdoa kepada Tuhan agar penyakit ini dapat ditangani sepenuhnya dalam masa yang singkat.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah