Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (18 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

715
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 18 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu, kes kesembuhan baharu dan kes kematian baharu direkodkan di Melaka semalam menjadikan jumlah pesakit aktif di Melaka kekal pada jumlah 23 orang.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 23 orang
• Melaka Tengah : 4 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 18

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : 2
Kes sembuh (keseluruhan) : 227 orang
Sedang dirawat : 23 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bukit Katil : 1
Bukit Baru : 2
Duyong : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 18 Jun.

Menurut KKM sebanyak 14 kes baharu dilaporkan semalam dengan tiga darinya adalah kes import manakala 11 lagi adalah kes tempatan di mana daripada 11 kes tempatan itu empat melibatkan warganegara dan tujuh lagi bukan warganegara.

KKM juga melaporkan empat kes melibatkan warganegara, masing-masing dua kes dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak sementara bagi kes bukan warganegara pula masing-masing dua kes dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, juga masing-masing satu kes lagi dikesan di Selangor, Sabah dan Perak.

Tambah laporan itu lagi seramai 127 pesakit telah sembuh dan discaj menjadikan kadar kesembuhan di negara ini meningkat kepada 93.80 peratus.

Tiada kematian baharu dilaporkan semalam dan jumlah kematian keseluruhan kekal pada jumlah 121 kematian atau 1.42 peratus.


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8529
Kes Baharu : 14
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 408
Kes ICU : 4
Kes Sembuh Baharu : 127
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8000
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)