Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (18 April) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

1200
SHARE


Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Laman FB rasmi Pejabat Kesihatan Melaka pada jam 8.16 malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 18 April.

Mengikut laporan tersebut TIADA KES BAHARU dilaporkan di Melaka semalam. Ini menjadikan dalam minggu ini mencatatkan empat hari tanpa kes baharu di Negeri Melaka iaitu pada 13, 15, 16 dan 18 April. ALHAMDULILLAH.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa Alor Gajah masih di dalam ‘kategori jingga’ sementara Jasin dan Melaka Tengah berada dalam ‘kategori merah’.

Sementara itu semalam laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia pula memaklumkan Malaysia mencatatkan kes baharu terendah dari tempoh 1 hingga 18 April iaitu sebanyak 54 kes. Dalam tempoh yang sama hanya tiga hari mencatatkan bilangan kes baharu di bawah angka 100 selain semalam iaitu 15 April (85) dan 17 April (69).


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Panduan membaca laporan :
A/B. :- A adalah jumlah terkumpul keseluruhan. B pula adalah bilangan yang masih mendapat rawatan.

Jika 10/6 bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang. Terdapat 6 orang yang masih dalam rawatan. Sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia.

Kes Positif Keseluruhan : 148/94 orang
• Melaka Tengah : 51/32 orang
• Alor Gajah : 29/16 orang
• Jasin : 68/46 orang

Kes baru : TIADA
Kes sembuh : 51 orang
Sedang dirawat : 93 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-

MELAKA TENGAH (Kategori Merah)
Alai : 3/0
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 3/2
Bandar Melaka : 1/1
Batu Berendam : 4/3
Bertam : 1/1
Bukit Baru : 1/1
Bukit Katil : 9/8
Cheng : 1/1
Klebang Besar : 1/0
Padang Temu : 11/9
Paya Rumput : 2/2
Pernu : 1/0
Sungai Udang : 1/0
Tanjung Minyak : 2/0
Teluk Mas : 4/1
Luar kawasan : 3/2

Jumlah Mukim = 30
Mukim terjejaa = 13
Mukim tidak terjejas = 17

ALOR GAJAH (Kategori Jingga)
Durian Tunggal : 5/2
Klemak : 6/4
Lendu : 7/3
Masjid Tanah : 2/2
Sungai Baru Tengah : 1/0
Sungai Baru Ulu : 1/1
Sungai Siput : 1/1
Luar Kawasan : 6/3

Jumlah Mukim = 32
Mukim terjejas = 8
Mukim tidak terjejas = 24

JASIN (Kategori Merah)
Ayer Panas : 1/0
Bandar Jasin : 4/2
Chin Chin : 2/1
Chohong : 7/4
Jasin : 38/36
Kesang : 2/0
Merlimau : 2/1
Sebatu : 4/1
Serkam : 6/1
Umbai : 2/0

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 10
Mukim tidak terjejas = 11


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah keseluruhan : 5305
Kes Baharu : 54
Yang Masih Dirawat : 2115
Kes Sembuh : 3102
Kematian Baharu : 2
Jumlah kematian : 88