Oleh : Ibnu Janie
MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 16 Mei.
Menurut laporan itu TIADA kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Selain itu terdapat tiga kes sembuh direkodkan dari kategori kes import bagi Daerah Melaka Tengah.
Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.
Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.
Kes Positif Keseluruhan Melaka : 32 orang
• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 8 orang
• Jasin : 3 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 15
• Kes import (Alor Gajah) : 1
Kes baharu : TIADA
Kes sembuh (keseluruhan) : 178 orang
Sedang dirawat : 32 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang
Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-
MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1
Batu Berendam : 1
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 15 (3 kes sembuh)
Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25
ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 2
Ramuan China Kechil : 1
Sungai Baru Ulu : 4
Sungai Siput : 1
Kes import : 1
Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27
JASIN (Kategori Kuning)
Jasin : 2
Rim : 1
Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 19
Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 16 Mei.
Sebanyak 17 kes baharu telah dilaporkan, di mana lima daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Daripada jumlah kes semalam, hanya enam kes import dilaporkan.
Laporan itu juga menunjukkan jumlah keseluruhan kes positif ialah 6872 kes dengan kadar kesembuhan 80.2 peratus bersamaan 5512 kes dan kadar kematian 1.64 peratus atau 113 kes kematian.
STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6872
Kes Baharu : 17
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1247
Kes ICU : 13
Kes Sembuh Baharu : 73
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5512
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 113