Home Berita PAS Wilayah

Selamat Berkhidmat Demi Ummah

1066
SHARE

Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada YBrs. Dr. Luqman Haji Abdullah atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu bagi menggantikan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang telah dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dengan berbekalkan pengalaman dalam bidang akademik dan latar belakang pendidikan agama dari pengajian secara tradisional sehingga ke peringkat doktor falsafah, kami percaya YBrs. Dr. Luqman dapat memikul amanah baru ini dengan baik.

Semoga kefahaman dan penghayatan agama Islam di kalangan masyarakat Malaysia amnya dan Wilayah Persekutuan khususnya bertambah baik dengan pelantikan ini.

Selamat berkhidmat demi ummah dan seeru ‘ala barakatillah Sahibus Samahah Dr. Luqman!

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN