Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (16 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

541
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 16 Jun.

Menurut laporan itu, tiada kes baharu dan kes kesembuhan baharu direkodkan di Melaka semalam.

Jabatan Kesihatan Melaka juga memaklumkan bahawa mereka tidak mengeluarkan info grafik harian yang biasa dikeluarkan atas sebab teknikal.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 25 orang
• Melaka Tengah : 4 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 20

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 225 orang
Sedang dirawat : 25 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bukit Katil : 1
Bukit Baru : 2
Duyong : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 16 Jun.

Menurut KKM sebanyak 11 kes baharu direkodkan semalam melibatkan satu kes import dan 10 kes penularan tempatan di mana dari 10 kes penularan tempatan itu empat adalah melibatkan warganegara dan enam lagi bukan warganegara.

Tambah KKM lagi, bagi kes melibatkan warganegara, satu kes direkodkan di Selangor manakala tiga lagi direkodkan di Sarawak sementara bagi kes bukan warganegara dua kes direkodkan di Kuala Lumpur dan empat lagi di Negeri Sembilan.

KKM juga melaporkan terdapat 333 kes sembuh dan telah discaj direkodkan semalam di mana ianya merupakan rekod kes sembuh baharu harian tertinggi pernah direkodkan semenjak penularan ini berlaku di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 7,733 kes.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA

Jumlah kes keseluruhan : 8505
Kes Baharu : 11
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 651
Kes ICU : 4
Kes Sembuh Baharu : 333
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 7733
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)