Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Dua Tokoh Utama PAS Diangkat Jadi Senator

507
SHARE

Dua Tokoh Utama PAS Diangkat Jadi Senator

Tokoh utama PAS, Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Mr. N Balasubramaniam diangkat menjadi Senator Dewan Negara lantikan Yang di-Pertuan Agong, semalam 16 Jun 2020.

DMPM mengucapkan tahniah kepada dua individu hebat ini. Sememangnya ketokohan dan kelantangan mereka dalam membela kebajikan masyarakat sedia terserlah.

Umum mengetahui , DHPP merupakan salah sebuah entiti dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ia dianggotai oleh ahli parti tersebut yang bukan Muslim (Non-Muslim) dan dipengerusikan oleh YB N. Balasubramaniam.

PAS terbuka untuk semua agama dan ini adalah bukti yang menunjukkan PAS boleh menyatukan rakyat pelbagai kaum dan agama tanpa ada diskriminasi, sekali gus melambangkan kekuatan sebenar Malaysia.

Semoga dengan pelantikan para Senator, imej PAS dapat dijelmakan dengan lebih jelas dan diterima umum.

Selamat menjalankan amanah.

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
25 Syawal 1441
17 Jun 2020