Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (15 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

535
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 15 Jun.

Menurut laporan itu, terdapat dua kes baharu direkodkan di Melaka semalam dengan satu kes dicatatkan di Mukim Pulau Sebang, Daerah Alor Gajah dan satu kes lagi adalah dari kategori kes import.

Laporan itu juga menyatakan terdapat 12 kes sembuh baharu direkodkan semalam dengan kesemuanya dari kategori kes import.

Jabatan Kesihatan Melaka juga memaklumkan bahawa satu kes yang dikesan di Mukim Bandar Melaka semalam sebenarnya adalah dari Mukim Bukit Baru dan lokasi kes itu dicatatkan telah diubah di dalam statistik.

Untuk rekod Daerah Alor Gajah hanya bertahan sehari sahaja berada dalam zon hijau kelmarin sebelum kembali menjadi zon kuning semalam bersama-sama dengan Daerah Melaka Tengah sementara Daerah Jasin terus mengekalkan berada dalam zon hijau semenjak 30 Mei lepas.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 25 orang
• Melaka Tengah : 4 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 20

Kes baharu : 2
Kes sembuh baharu : 12
Kes sembuh (keseluruhan) : 225 orang
Sedang dirawat : 25 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bukit Katil : 1
Bukit Baru : 2 (1 kes dipindahkan dari Bandar Melaka)
Duyong : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1 (kes baharu)

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 14 Jun.

KKM melaporkan terdapat 41 kes baharu dicatatkan semalam melibatkan tiga kes import dan 38 kes penularan tempatan di mana 32 daripada 38 kes penularan tempatan melibatkan bukan warganegara dan baki enam kes lagi melibatkan warganegara.

Menurut laporan itu lagi daripada 32 kes penularan tempatan bukan warganegara, 31 kes berlaku di Negeri Sembilan dan satu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala bagi kes penularan tempatan warganegara pula masing-masing dua kes berlaku di Selangor dan Melaka dan satu kes masing-masing berlaku di Negeri Sembilan dan Sabah.

Menurut laporan itu lagi 54 kes sembuh dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 7,400 kes.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8494
Kes Baharu : 41
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 986 973
Kes ICU : 4
Kes Sembuh Baharu : 54
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 7400
Kematian Baharu : 0
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)