Home Berita PAS Sabah

Gerakan Islam: Merealisasikan Tuntutan Dakwah,Tarbiyah Dan Siyasah Dalam Neraca Fiqh Aulawiyat

2355
SHARE

 

Oleh : Abu Maryam Safiyyah

15 Jun 2020

Menurut pandangan ulamak terkenal dunia kini, Syeikh Dr Yusof Al Qardhawi rhm dalam kitab Keutamaan Agenda Gerakan Islam Pada Tiga Dekad Mendatang / أولويات الحركة الإسلامية في العقود الثلاثة القادمة menggariskan *EMPAT* aspek keutamaan (Fiqh Awlawiyah) yang perlu dititikberatkan sebuah gerakan Islam (Islamic Movement) berbanding perkara lain.

1. Gerakan Islam perlu memberi tumpuan kepada konsep-konsep tertentu yang mesti dicerahkan (dijelaskan), disebarkan dan dikaji secara mendalam dalam bidang pemikiran (fikrah). Disiplin kajian ini dinamakan Al -Fiqh Al Jadid (kefahaman baru) seperti gelombang pemikiran.

_Saya berpendapat termasuk juga disiplin kajian ilmu ini adalah gelombang Ghazwah Fikr (peperangan pemikiran) yang diakari oleh musuh-musuh Islam seperti Liberalisme, Sekularisme, Feminisme, Orientalisme, Nasionalisme, Rasisme dan beberapa ketumbukan pemikiran lainnya dengan tujuan yang sama iaitu memerangi Islam_

2. Memberikan tumpuan kepada perkara yang berkembang dalam kalangan komuniti (sosial) yang mesti digembelengkan sebuah gerakan Islam dengan sahwah (kebangkitan) yang memukau umat. Perkara ini juga diklasifikasikan sebagai tugas dalam aspek dakwah.

3. Harakah Islamiah itu juga perlu memberikan tumpuan kepada pawaian berasaskan kualiti demi mempersiapkan calon – calon kepimpinan pada masa akan datang (Qiyadah Islamiah), terutamanya dalam pembinaan Iman dan Fikrah (pemikiran Islam). Perkara ini penting demi menjamin generasi gerakan Islam (Warasatul Harakah) mendatang. Aspek ini diletakkan dalam keperluan pendidikan (tarbiah).

4. Gerakan Islam itu juga perlu mengembangkan variasi pemikiran dan pelbagai langkah praktik dalam hal yang berkait dengan politik (siyasah) tempatan dan global. Kaedah ini wajar akan sebuah gerakan Islam itu terkeluar daripada situasi perjuangan yang sempit dan jumud, bebas dari kurungan yang mewujudkan blok membatasi gerakan. Hal ini juga penting ke arah merealisasikan sebuah gerakan Islam bersifat universal (meluas) dan fleksibel (murunah). Kaedah ini termasuk dalam kemahiran politik (Maharah Siyasah)

Syeikh Dr Yusof Qardhawi bukan sekadar tokoh ulamak Islam, beliau juga ulamak yang pernah mendapat didikan terus tentang gerakan Islam pada zaman tertubuhnya Ikhwan Muslimin, sebuah gerakan Islam yang berpengaruh di dunia dan digeruni musuh Islam termasuk Mesir, negeri kelahirannya. Didikan ini langsung dari pengasas gerakan Islam itu, As Syahid Imam Hasan Al Banna. Ulamak ini pernah hidup dalam perit buangan akibat kebencian musuh Islam.

Syeikh adalah salah seorang ulamak yang sangat saya gemari penulisannya. Jika kita meneliti sedikit kesimpulan makalah dari penulisan di atas, agenda utama yang digariskan telah lama digerakkan parti yang juga sebuah gerakan Islam pertama dan berpengaruh di Malaysia, itulah Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Oleh itu berbahagialah dan istiqomahlah. PAS terus konsisten berjuang merealitikan agenda Islam Syumul.

PAS gerakan tarbiah, dakwah, siyasah. Terus fokus !