Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (14 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

631
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 14 Mei.

Menurut laporan itu satu kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Laporan itu juga menunjukkan terdapat satu kes sembuh baharu iaitu dari kategori kes import Daerah Melaka Tengah.

Selain itu, laporan itu juga memaparkan bahawa Mukim Batu Berendam kini kembali kepada zon kuning selepas terdapat satu kes baharu dicatatkan semalam. Kali terakhir Batu Berendam mencatat kes aktif pada 18 April lepas dan menjadi zon hijau sehari kemudian sehingga melaporkan kes baharu semalam.

Selain itu tiada kes kematian baharu dilaporkan semalam.

Sementara itu agensi berita Bernama semalam melaporkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti ‘Kluster Madrasah di Solok Duku’ di Masjid Tanah sebagai kluster terbaru berkaitan madrasah tahfiz.

Menurut laporan itu, setakat ini, seramai 107 pelajar, guru dan ahli keluarga telah disaring. Dari saringan itu didapati dua kes positif COVID-19 dalam kalangan 35 orang pelajar, tiada kes positif dalam kalangan 10 orang guru dan kakitangan madrasah serta dua kes positif COVID-19 dalam kalangan 62 ahli keluarga guru, kakitangan dan pelajar.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 37 orang
• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 8 orang
• Jasin : 6 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 18

Kes baharu : 1
Kes sembuh (keseluruhan) : 172 orang
Sedang dirawat : 37 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1
Batu Berendam : 1 (1 kes baharu)
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 18 (1 kes sembuh)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 2
Ramuan China Kechil : 1
Sungai Baru Ulu : 4
Sungai Siput : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27

JASIN (Kategori Kuning)
Chabau : 1
Chohong : 1
Jasin : 2
Rim : 1
Tedong : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 14 Mei.

Menurut laporan itu sebanyak 40 kes baharu telah dilaporkan, dan 31 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Tiada kes import dilaporkan pada hari ini.

Laporan itu juga menunjukkan jumlah keseluruhan kes positif ialah 6819 kes dengan kadar kesembuhan 78.5 peratus bersamaan 5351 kes dan kadar kematian 1.64 peratus atau 112 kes kematian.

Selain itu, laporan tersebut juga memaklumkan bahawa dua kluster telah ditamatkan hari ini iaitu Kluster Petugas Kesihatan Sungai Buloh dan Kluster Pekan. Ini menjadikan jumlah kluster yang telah ditamatkan sehingga hari ini adalah sebanyak lapan kluster.

Kluster Petugas Kesihatan Sungai Buloh sebelum ini merekodkan sejumlah 18 kes dan tiada kes kematian. Sementara Kluster Pekan pula merekodkan sejumlah 22 kes dan tiada kes kematian.


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6819
Kes Baharu : 37 40
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1356
Kes ICU : 16
Kes Sembuh Baharu : 70
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5351
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 112


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)