Home Artikel PAS Perak

Nakbah Palestin: Sejarah Duka Yang Tidak Berpenghujung

277
SHARE

Nakbah Palestin: Sejarah duka yang tidak berpenghujung

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak menyeru seluruh muslimin muslimat memperingati peristiwa Nakbah Palestin iaitu perjuangan memperjuangkan kasih sayang rakyat Palestin yang jatuh pada tanggal 15 Mei 1948.

Genap 72 tahun peristiwa bersejarah ini berlalu, namun ia masih lagi menjadi ingatan seluruh umat Islam kerana tanggal 15 Mei merupakan tarikh pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin.

Bahkan seluruh umat manusia juga dapat menyaksikan, tindakan dan serangan secara berterusan dikenakan keatas rakyat Palestin hingga kini. Tangisan demi tangisan dapat kita saksikan kepada mereka yang ditindas.

Sebagai rakyat Malaysia dan memenuhi tanggungjawab sesama muslim, marilah sama-sama kita mendoakan saudara kita yang sedang ditindas agar mereka dikurniakan ketabahan. Ini kerana, doa memiliki kuasa atau kelebihannya yang tersendiri dan Allah SWT pasti akan memakbulkan setiap permintaan hamba-Nya dengan cara yang berlainan.

Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. 
[Riwayat Muslim (4912)]

Sesungguhnya, keteguhan akidah mereka mempertahankan tanah air yang tercinta merupakan bukti taat setia mereka kepada negara dan agama. Akhirnya, semoga Allah SWT memakbulkan setiap doa kita serta menggolongkan kita daripada kalangan hamba-Nya yang menerima taufik dan hidayah-Nya. Aamin.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Ikhlas Daripada,
Dr Hjh Najihatussalehah binti Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
15 Mei 2020 | 22 Ramadan 1441H