Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (12 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

1094
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 12 Mei.

Menurut laporan itu tiada kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Laporan itu juga menunjukan terdapat satu kes sembuh baharu. Sementara bagi kes kematian baharu pula tiada kes dilaporkan.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 40 orang

• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 6 orang
• Jasin : 7 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 23

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 166 orang
Sedang dirawat : 40 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Balai Panjang : 1
Bandar Melaka : 1
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 23

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 2
Ramuan China Kechil : 1
Sungai Baru Ulu : 2
Sungai Siput :1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27

JASIN (Kategori Kuning)
Chabau : 1
Chohong : 1
Jasin : 2 (1 kes sembuh)
Rim : 1
Tedong : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 12 Mei

Menurut laporan itu jumlah keseluruhan kes positif ialah 6742 kes dengan kadar kesembuhan 77.5 peratus bersamaan 5113 5223 kes dan kadar kematian 1.62 peratus atau 109 kes kematian.

Hanya 16 kes baharu dilaporkan semalam. Daripada 16 kes itu, tiga adalah kes import dan 13 lagi adalah membabitkan penularan tempatan. Sembilan daripada 16 kes ini adalah daripada kalangan ‘Bukan Warganegara Malaysia’.

Untuk rekod, jumlah kes baharu hari ini adalah kes harian yang paling rendah pernah dilaporkan sejak PKP bermula. Namun KKM menasihatkan orang ramai agar tidak leka dengan penurunan ini.

Hanya tiga negeri yang mencatatkan kes baharu iaitu Selangor (3 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12 kes) dan Sabah (1 kes). Negeri-negeri lain tidak mencatatkan apa-apa kes baharu.


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6742
Kes Baharu : 16
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1410
Kes ICU : 16
Kes Sembuh Baharu : 110
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5223
Kematian Baharu : 1 Tiada
Jumlah kematian : 109


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)