Oleh : Ibnu Janie
MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 11 Jun.
Menurut laporan itu, terdapat 11 kes baharu direkodkan di Melaka semalam, namun kesemuanya adalah kes import.
Tiada kes sembuh atau kes kematian baharu dilaporkan di Melaka semalam.
Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah masih berada di dalam zon kuning kerana masih merekodkan kes aktif sementara Daerah Jasin pula kekal berada dalam zon hijau kerana tiada kes aktif atau kes baharu dilaporkan di daerah itu semenjak 30 Mei lepas.
Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.
Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 30 orang
• Melaka Tengah : 3 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 26
Kes baharu : Tiada 11
Kes sembuh baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 211 orang
Sedang dirawat : 30 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang
Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-
MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Alai : 1
Bukit Katil : 1
Sungai Udang : 1
Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26
ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1
Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30
JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan
Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 10 Jun.
Menurut KKM sebanyak 31 kes baharu dilaporkan semalam melibatkan 11 kes import dan 20 kes penularan tempatan.
Laporan itu juga menyebut bagi kes penularan tempatan pula 19 adalah dari kes bukan warganegara dan hanya satu kes sahaja melibatkan warganegara.
Tambah laporan itu lagi dari 19 kes ‘penularan tempatan bukan warganegara’ 16 kes berlaku di Negeri Sembilan, dua di Selangor dan satu di Kuala Lumpur sementara satu kes ‘penularan tempatan melibatkan warganegara’ pula berlaku di Selangor.
Bagi kes sembuh pula, laporan itu menyatakan sebanyak 51 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 7,056 bersamaan 84.42 peratus.
STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8369
Kes Baharu : 31
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) :1186
Kes ICU : 5
Kes Sembuh Baharu : 51
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 7065
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 118