Home Artikel PAS Melaka

Allahyarham Ahmad Hasim Selamat Dikebumikan

928
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH : Jenazah Penolong Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah, Allahyarham Ahmad Hasim yang meninggal dunia pagi semalam selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru di sini, tengahari semalam.

Allahyarham yang berumur 56 tahun yang disifatkan sebagai ‘amilin kental PAS Melaka’ menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.30 pagi semalam di Hospital Alor Gajah Melaka.

Balu Allahyarham, Siti Aidah Bohari ketika ditemubual berkata doktor memaklumkan bahawa kerosakan buah pinggang dan hati adalah antara sebab kematian Allahyarham.

Menurut Aidah ia juga berkemungkinan berkaitan dengan penyakit gout teruk yang dihadapi Allahyarham selama ini.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu menguruskan jenazah Allahyarham sehingga selesai majlis pengebumian terutama kepada pihak PAS Kawasan Masjid Tanah dan Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Masjid Tanah.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. Empat daripadanya masih belajar dan seorang sudah berumah tangga.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)