Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (10 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

854
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 10 Mei.

Menurut laporan itu tiada kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Terdapat satu kes sembuh dari kategori kes import di Daerah Melaka Tengah dan tiada kes kematian baharu dilaporkan.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 40 orang

• Melaka Tengah : 4 orang
• Alor Gajah : 6 orang
• Jasin : 7 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 23

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 165 orang
Sedang dirawat : 40 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Balai Panjang : 1
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 23 (1 kes sembuh)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 2
Ramuan China Kechil : 1
Sungai Baru Ulu : 2
Sungai Siput : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27

JASIN (Kategori Kuning)
Chabau : 1
Chohong : 1
Jasin : 3
Rim : 1
Tedong : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 10 Mei.

Menurut laporan itu jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,656 kes dengan kadar kesembuhan 75.5 peratus bersamaan 5,025 kes dan kadar kematian 1.62 peratus atau 108 kes kematian.

Laman Telegram KKM pula menyebut bahawa Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir 12 Mei, terus disambung selama empat minggu lagi sehingga 9 Jun 2020 dengan segala peraturan kekal dikuatkuasakan.

Selain itu, laporan itu turut memaklumkan bahawa pasangan suami isteri yang tinggal di negeri berasingan kerana faktor kerja akan diberi kelonggaran untuk membuat perjalanan rentas negeri. Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau datang sendiri ke balai polis terdekat.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan :  6656
Kes Baharu :  67
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1523
Kes ICU : 18
Kes Sembuh Baharu :  96
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu):  5025
Kematian Baharu :   TIADA
Jumlah kematian :  108


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)