Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (1 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

946
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 1 Mei.

Mengikut laporan tersebut terdapat hanya SATU kes positif baharu dilaporkan iaitu dari kategori kes impot.

Seluruh Melaka semalam masih kekal dikategorikan dalam zon kuning semenjak 27 April lepas.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Panduan membaca laporan :
A/B bermaksud :
A adalah jumlah kes terkumpul keseluruhan.
B pula adalah bilangan yang masih dirawat.

Contohnya jika laporan tertulis ’10/6′ bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang, terdapat 6 orang yang masih dalam rawatan, sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 199/66 orang
• Melaka Tengah : 95/7 orang
• Alor Gajah : 29/3 orang
• Jasin : 75/14 orang

Kes baharu : 1 orang
Kes sembuh : 129 orang
Sedang dirawat : 66 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 4/1
Bandar Melaka : 1/1
Padang Temu : 11/4
Kes impot : 45/42

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Durian Tunggal : 5/1
Masjid Tanah : 2/1
Sungai Siput : 1/1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 28

JASIN (Kategori Kuning)
Bandar Jasin : 4/1
Chabau : 2/2
Chohong : 7/1
Jasin : 41/8
Rim : 1/1
Tedong : 1/1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 6
Mukim tidak terjejas = 15


Laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang 1 Mei 2020.

Jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,071 kes dengan kadar kesembuhan 69.35 peratus bersamaan 4,210 kes dan kadar kematian 1.70 peratus atau 103 kes kematian.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6071
Kes Baharu : 69
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1758
Kes ICU : 37
Kes Sembuh Baharu : 39
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu) : 4210
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 103


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)