Home Artikel PAS Sabah

Pemuda PAS agih bantuan fasa keempat

728
SHARE

 

Oleh: Aizal Samsaruddin
2 Mei 2020

SEMPORNA: Pemuda PAS Semporna telah selesai mengagihkan bantuan makanan fasa keempat dekat sini semalam.

Agihan fasa kali ini melibatkan kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) bagi menyampaikan bantuan kepada keluarga yang terputus bekalan makanan sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial Dan Khidmat Masyarakat, Razis Asparin yang turut mengetuai agihan ini berkata, sumbangan ini difokuskan kepada penduduk yang terjejas disekitar DUN Bugaya dalam parlimen Semporna.

 

“Pagi ini, agihan sumbangan berfokus kepada penduduk yang terjejas dalam kawasan DUN Bugaya di parlimen Semporna. Antaranya, Kampung Gelanggang, Kampung Sungai Ambung dan Kampung Lahat-lahat.

Selain itu, Razis berkata agihan sumbangan ini akan tetap diteruskan secara berfasa hasil sumbangan dari orang ramai.

“Agihan Sumbangan ini akan diatur dari masa ke semasa mengikut fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kami juga berharap agar dana sumbangan mencukupi untuk memastikan misi ini dapat dilaksanakan.

Turut hadir menyampaikan agihan sumbangan ini ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Semporna, Shahril Shazwan dan Bendahari Pemuda PAS Semporna, Affendi Ratiman.