Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (1 Julai) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

349
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA, 2 Julai : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 1 Julai.

Menurut laporan itu tiada kes baharu, kes sembuh baharu dan kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam.

Untuk rekod semalam adalah hari ke sebelas berturut-turut Melaka tidak mencatatkan kes baharu semenjak 22 Jun lepas.

Tambah laporan itu lagi kes aktif yang masih dirawat kini hanya tinggal satu kes dari Mukim Bandar Melaka, Daerah Melaka Tengah.

Daerah Alor Gajah dan Jasin semalam kekal di dalam zon hijau sementara Daerah Melaka Tengah pula masih kekal di dalam zon kuning.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 1 orang
• Melaka Tengah : 1 orang
• Alor Gajah : Tiada
• Jasin : Tiada
• Kes import : Tiada

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 250 orang
Sedang dirawat : 1 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 28

ALOR GAJAH (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang 1 Julai.

Menurut KKM hanya satu kes baharu direkodkan semalam melibatkan satu kes import seorang warganegara yang baru pulang dari Turki.

Tambah KKM lagi sebanyak 21 kes sembuh baharu telah direkodkan semalam menjadikan kes kesembuhan keseluruhan adalah sebanyak 8375 kes sementara 144 kes aktif masih dirawat.

KKM juga memaklumkan tiada kematian baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 121 kes atau 1.4 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8640
Kes Baharu : 1
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 144
Kes ICU : 4
Kes Sembuh Baharu : 21
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8375
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)