Oleh: BERNAMA
KOTA BHARU, 5 Mei: Kerajaan negeri Kelantan telah mengemukakan laporan berkaitan situasi semasa penularan wabak COVID-19 yang agak kritikal di negeri itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menimbang apa-apa tindakan yang sesuai.
“Antara laporan yang dikemukakan itu adalah kewujudan varian Afrika Selatan B.1.351 dengan kadar yang sangat tinggi di Kelantan manakala kadar kebolehjangkitan (RT) masih melebihi 1.0.
“Selain itu, jangkitan COVID-19 telah berlaku dalam komuniti dengan 16 peratus kes tiada kaitan epidemiologi malah pengurusan sumber manusia serta logistik fasiliti kesihatan semakin meruncing,” katanya.