Home Berita PAS Kelantan

Lampu limpah baharu stadium mula dipasang

146
SHARE

KOTA BHARU, 12 September: Pemasangan lampu limpah baharu yang mematuhi standard Malaysian Football League (MFL) antara fokus utama kerja-kerja naiktaraf Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Majlis solat hajat bagi pemasangan lampu limpah tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Wan Roslan Wan Hamat di perkarangan Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, pada 10 September.

Menurut YB Wan Roslan kerja-kerja penukaran empat unit lampu limpah sedang berjalan dan ianya menelan belanja RM3.4 juta yang dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

“Lampu limpah sedia ada perlu ditukar baharu memandangkan usianya yang lebih separuh abad dan mengalami banyak kerosakan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, apabila siap pemasangan lampu limpah tersebut, perlawanan bola sepak atau sebarang aktiviti pada waktu malam boleh diadakan sebagaimana biasa.