Home Berita PAS Kelantan

Kursus Pengurusan Organisasi mahirkan belia urus persatuan

75
SHARE

TERENGGANU, 20 Oktober: Seramai 40 belia mewakili persatuan belia di jajahan Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasìr Puteh dan Bachok mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Siri 2 Tahun 2022.

Kursus anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan itu diadakan di Perhentian Island Resort, Pulau Perhentian, Besut, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat hadir merasmikan kursus tersebut.

Dalam ucapannya, beliau menasihati peserta supaya mengambil manfaat melalui kursus ini dengan memberi perhatian serius pada setiap modul yang dibentangkan.

“Peserta perlu mengambil peluang dengan sepenuhnya daripada kursus ini kerana ianya cukup penting untuk mengendalikan sesebuah organisasi supaya stabil dan terurus.