Home Berita PAS Kelantan

Kursus Lanjutan Program Rezeki Tani mantapkan ilmu nelayan

172
SHARE

KOTA BHARU, 28 Dis: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkesempatan merasmikan Kursus Lanjutan Program Rezeki anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Kelantan, di Hotel Ibis Style, semalam.

Para peserta terdiri daripada nelayan terpilih yang berpotensi mempertingkatkan pendapatan ekonomi keluarga dalam industri hiliran.

Menerusi slot eksklusif tazkirah ‘Rezeki Melalui Perniagaan Pertanian’ YB Tuan Saripudin mengulas berkaitan konsep rezeki dalam Islam; yang menekankan urusan dunia perlu seimbang dengan usaha ukhrawi di samping tidak lupa kepada Allah sebagai pemberi rezeki.

Selain berkongsi sepuluh amalan yang menjamin keberkatan rezeki, beliau turut menegaskan kepentingan ilmu dalam mengurus projek demi memantapkan lagi ilmu dan usaha para nelayan bagi mencapai sasaran sekali gus diberkati Allah.

Turut hadir, Pengarah LKIM, Khuzaimah Husain serta para pegawai.