Home Berita PAS Kedah

Kursus baiki mesin basuh dan peti sejuk dapat sambutan ramai

550
SHARE

Oleh TASNIM

MERBOK – Buat julung kalinya Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), NGO Darul Hikmah dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai menganjurkan kursus kemahiran membaiki mesin basuh dan peti sejuk, semalam.

ADUN Tanjung Dawai, YB Hanif Haji Ghazali berkata penganjuran kursus ini bertujuan membantu penduduk menambah sumber pendapatan seterusnya membantu masyarakat.

“Kursus ini berjaya menarik seramai 30 peserta termasuk seorang wanita dari empat Parlimen iaitu Merbok, Sungai Petani, Baling dan Jerai.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Dato Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri KASA) dan Ustaz Yaakob Yusra (NGO Darul Hikmah) serta ABAM’S Group dari Selangor,” katanya.