Home Berita PAS Kedah

Himpunan Pendidik Sik bawa tema “Peranan Pendidik Melestari Legasi Ummah”

128
SHARE

Oleh TASNIM

SIK – Buat julung kalinya warga pendidik Sik dihimpunkan dalam sebuah program Himpunan Pendidik Sik, Sabtu lalu.

Program yang membawa tema “Peranan Pendidik Melestari Legasi Ummah” itu berjaya mengumpulkan seramai 250 orang warga pendidik di Dewan Al-Hana, Sik.

Himpunan ini diserikan dengan ceramah khas oleh Imam Besar Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan, Ustaz Dato’ Hj Badlishah Hj Alaudin, yang juga penceramah bebas.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad dalam ucapan perasmiannya berharap supaya warga pendidik sentiasa istiqamah dalam mendidik anak bangsa supaya lebih ramai generasi celik akademik dan agama dapat dilahirkan.

Turut hadir Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman, Pegawai Daerah Sik, Tuan Mahamad Suhaimi Man.