Home Artikel PAS Melaka

KURIKULUM SRITI BUKAN SETAKAT ‘SEMBANG KEDAI KOPI’

427
SHARE

 

 

Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka Ustaz Mohd Shafiq Bin Ismail sedang memberikan ucapan

Oleh : IbnatDeen

TANGGA BATU – Kurikulum yang digunapakai di peringkat SRITI bukan sekadar hasil ‘sembang di kedai kopi’. Bahkan kurikukulum tersebut disusun oleh beberapa orang pakar di dalam sektor pendidikan meliputi tiga elemen penting iaitu intelektual, emosi dan spritual.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka Ustaz Mohd Shafiq Bin Ismail ketika berucap dalam taklimat pendaftaran SRITI Al-Fattah sesi kemasukan pelajar pertama tahun 2020 di sini pagi semalam.

Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa ibu bapa tidak perlu risau, tenaga pengajar di SRITI turut diberi kursus dari semasa ke semasa bagi meningkatkan perfosionalisme sebagai guru serta menjamin kualiti dan kemahiran pengajaran.

Sementara itu Pengerusi SRITI Al-Fattah Syed Mohd Syazwi Syed Isa di dalam taklimat itu pula berkata SRITI Al-Fattah Tangga Batu merupakan SRITI yang ketiga dibuka di Negeri Melaka.

Tambah beliau lagi, walaupun masih terdapat kekurangan dari sudut prasarana, AJK dan guru-guru SRITI sentiasa komited berusaha merealisasikan penubuhan SRITI serta memastikan sistem pembelajaran dapat dijalankan dengan selesa.

Selain itu menurutnya, Al-Fattah di dalam bahasa arab membawa maksud pembuka. Harapan besar beliau agar pembukaan SRITI Al-Fattah menjadi kesinambungan terdidiknya generasi Rabbani di Melaka.

SRITI Al-Fattah menawarkan pendidikan berasaskan kurikulum integrasi mencakupi tahfiz,fardhu ain dan fardhu kifayah dalam masa yang sama mengekalkan silibus KSSR yang digunapakai di sekolah aliran perdana.

Untuk rekod, SRITI (Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam) merupakan sekolah yang menyediakan pendidikan bersepadu hasil kesinambungan pendidikan pra sekolah PASTI di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah (JPSR) Dewan Pemuda PAS Malaysia.