Home Artikel PAS Perlis

PAS Kangar Rayu Sumbangan Pesakit Kanser

563
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kangar merayu sumbangan kewangan orang ramai bagi membantu meringankan beban perbelanjaan seorang pesakit kanser.

Anuar bin Omar dari Abi Batas Paip, dekat sini, disahkan menghidap kanser pundi kencing tahap 4.

Beliau yang tinggal bersama ibunya yang sudah berusia, tidak mampu menjalani rawatan susulan di Pulau Pinang atas faktor kemiskinan.

Mereka yang ingin menyumbang, boleh menghulurkan terus sumbangan kepadanya di kediaman yang beralamat di no. 212 Jalan Abi Behor Kebal, Jalan Abi Batas Paip 01000 Kangar.

Sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun CIMB milik adik beliau bernombor 7045464495 (Jasni bin Omar).