Home Artikel PAS Johor

KUNJUNGAN KE SYARIKAT AKHBAR CINA SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU CINA

137 views
SHARE

Oleh: Sharifah Ajil CPP Muar

MUAR – 17 Februari 2018 : Sempena menyambut kedatangan perayaan Tahun Baru Cina, pada 13 Februari 2018 yang lalu, Adun Maharani YB Dr Mohamad Taslim telah turun untuk menyantuni warga syarikat -syarikat akhbar Cina di sekitar Bandar Maharani, Muar.

AJK Pas Kawasan Muar dengan diketuai oleh YDP Tuan Hj Abd Aziz Talib turut turun mengiringi YB Dr Mohamad bersama-sama Ketua DPPK Muar, Ustaz Mohd Ridzuan Nazri dan beberapa orang AJK JPrK Dun Maharani termasuk juga AJK HalWa Maharani.

Antara syarikat akhbar yang sempat dikunjungi adalah China Press, Oriental Daily, Nanyang Siang Pau dan Sin Chew. Sumbangan buah limau dan kalendar turut diberikan oleh YB Dr Mohamad kepada mereka.

Program ziarah dan kunjungan muhibbah kepada masyarakat Cina di Dun Maharani ini adalah program rutin tahunan Pas Kawasan Muar sempena menjelang Tahun Baru Cina. Edaran buah limau dan barang sumbangan kepada penduduk khususnya bagi mereka yang kurang berkemampuan.