Home Berita PAS Terengganu

Bahagikan RM1 juta satu DUN kepada rakyat.

4184
SHARE

DUNGUN: DUNGUN:Ketua Bahagian Umno Dungun, Dato Din Adam, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang dan jawatankuasa kerja(JKKK)sepatutnya membahagi-bahagikan peruntukan RM1 juta untuk satu DUN dikalangan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata agihan bantuan kepada rakyat hendaklah tidak bermusim dan tidak memilih hanya penyokong Umno-BN sahaja.

“Biar semua akan merasa hasil…jangangn zalimi rakyat”, ujar beliau ketika ditemui selepas program Sekampit Beras Seekor Ayam
yang diadakan di Perkarangan Surau Haji Jusoh, Batu Tiong, Pulau Serai di sini pada 16 Februari.

Ketua Penerangan PAS Dungun itu seterusnya menambah, PAS sentiasa berusaha untuk memberi kepada semua yang layak tanpa ada ‘pilih kasih’.

“ …kerana sekarang kesempitan makin ketara
terutama GST, peluang kerja kurang..”, jelas lagi.

Menurut Pengarah Program, Encik Mohamad bin Ali, program yang telah bermula selepas PAS memenangi DUN Rantau Abang pada Pilihan Raya Umum ketiga belas lagi.

“Sebelum ini dikenali Dapur Rakyat…sejak dua tahun yang lalu, kita namakan Sekampit Beras Seekor Ayam,” terang beliau yang juga Ketua Kebajikan DUN ketika dihubungi.

Beliau juga berkata sebenarnya masih ada masyrakat kita yang fakir miskin.

“dan ramai di kalangan mereka yang tertunggu-tunggu kehadiran ataupun ziarah dan sangat-sangat mengharapkan sumbangan daripada tok wakil kita”, katanya dengan nada simpati.

Justeru itu, ujarnya lagi, selain sumbangan berpusat, kita juga menyusun jadual

ziarah tiga hari seminggu bersama YB. Cikgu Alias ke rumah-rumah golongan kurang bernasib baik ini dan menyampaikan sumbangan barang dapur dan sedikit wang.

“Ianya(program sebegini) akan berterusan sebab sumbangan daripada ahli, jemaah dan surau-surau PAS dan masyarakat prihtin(sentiasa ada),” katanya.

Di majlis tersebut, lebih 140 penerima terdiri daripada yang tinggal di Batu Tiong, Seberang Pintasan, Kampung Tok Kah, Kuala Abang, Rhu Bhatil dan Kg Baru Kuala Abang ini dipilih mengikut zon pantai melalui PAS cawangan terlibat.

Program anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN Rantau Abang dan Jawatankuasa Parlimen ini merupakan edisi kedua setelah diadakan pada Jumaat lepas, 9 Februari di zon darat yang melibatkan UPU Padang Pulut, Serdang dan Delong.