Home Artikel PAS Melaka

Kreativiti Salamah menggubah ‘pulut kulit kerang’ mengangkatnya menjadi juara

774
SHARE

Oleh: Ahmad Kautsar

ALOR GAJAH, 12 Julai: Salamah Md Dom menjadi juara pertandingan pulut kuning dalam ‘Bengkel Masakan, Kecantikan dan Pertandingan Pulut Kuning’ yang telah diadakan di kompleks Japerun Dun Rembia di sini, semalam.

Program ini anjuran bersama Perikatan Nasional (PN) Alor Gajah ini dirasmikan oleh EXCO Perlancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Muhammad Jailani Khamis.

Kreativiti Salamah menggubah pulut di dalam kulit kerang menarik minat Exco tersebut sekali gus mengangkat menjadi juara dalam pertandingan ini.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Alor Gajah, Roselah Alwi berserta ahli PAS, guru-guru PASTI dan masyarakat setempat memeriahkan lagi program tersebut.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)