Home Artikel PAS Sabah

PASTI Sabah ziarah dan beri sumbangan kepada guru serta waris pelajar yang diuji musibah

395
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
12 Julai 2020

TAWAU : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Sabah telah menziarahi dan memberikan sumbangan khas kepada seorang guru dan 4 waris murid PASTI yang telah diuji dengan musibah kebakaran, kematian dan kesakitan di sini, kelmarin.

Kebakaran  di Lorong Haji Sundu , Batu 2 pada 17 Jun yang lalu telah menyebabkan rumah ibubapa seorang pelajar PASTI Nurul Izzah, adik Muhammad Iman Firdaus bin Muhammad, pelajar 4 Tahun, musnah terbakar.

Manakala rumah seorang guru PASTI yang sama,  Cikgu Fauziah Arsjad pula terbakar sebahagian.

Kebakaran tersebut turut menyebabkan sedikit kerosakan ke atas rumah waris seorang lagi pelajar PASTI Nurul Ain , iaitu adik Nur Qisya Adelia Khairul.

Rombongan yang di ketuai oleh Pengarah PASTI Negeri Sabah, Haji Karim Haji Dollah itu turut ke rumah waris murid PASTI Nurul Afeeya, Sabindo, arwah Nur Shahira Balqis binti Abdullah, murid 4 Tahun di Kampung Batu 4 yang telah meninggal dunia pada 22 Jun yang lalu akibat komplikasi sawan.

Rombongan turut ke rumah murid PASTI Nurul Najah 2, Taman Megah Jaya, Abdullah Fahmi, 5 Tahun yang mengalami sakit bengkak jantung di Tawau Lama.

Turut bersama dalam rombongan tersebut adalah Setiausaha PASTI Negeri Sabah , Tuan Suryansah Idris , Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau, Puan Siti Rahmah Bandu, Timbalan Majlis Guru PASTI Negeri Sabah, Cikgu Jumrah Djamali dan ahli jawatan kuasa Majlis Guru PASTI Kawasan Tawau.