Home Berita PAS Pulau Pinang

Korban Perdana Penaga erat perpaduan masyarakat

594
SHARE

KEPALA BATAS: Kesatuan dan perpaduan sesama masyarakat  terserlah dalam pelaksanaan Majlis Korban Perdana Dun Penaga yang diadakan pada 11 Ogos, di Pusat Khidmat Adun Penaga, Permatang Tok Labu.

Progran julung kali diadakan ini bertujuan melaksanakan perintah agama, di samping menyahut saranan agar umat Islam bersatu padu atas nama Islam dan bekerjasama dalam segala amal Islami serta ehwal kehidupan.

Majlis korban dengan penglibatan bersama masyarakat setempat ini yang dilangsungkan sejurus sahaja selesai menunaikan solat sunat Aidil Adha itu memperlihatkan penyertaan lima ekor lembu telah dikorbankan.

Dua ekor darinya yang disumbangkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan masyarakat awam telah disempurnakan sendiri sembelihannya oleh Adun PAS Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.

Menariknya program ini adalah penyertaan bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat diketuai Pengerusi, Dr Rosni Adam yang turut hadir bersama-sama masyarakat pada majlis ini.

Juga hadir adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas, Ustaz Muhammad Azam Abdullah dan Ahli Parlimen Umno Kepala Batas, Dato’ Sri Reezal Merican bersama isteri memberi sokongan perpaduan.